Hari ini sambil Ein duk sibuk buat kerja JOBDIRUMAH, Ein ingin kongsikan salah satu Resepi Choc Moist Cake yang Ein selalu buat. Banyak jenis resepi yang ada untuk buat Kek ni.Setakat yang Ein dah cuba, yang ni the best lepas Ein olah sikit. Resepi ni Ein dapat dari majalah Pa & Ma. Memang sedap & moist gitu.
Bahan A:-
1 cawan susu cair/ 1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat (kalau resepi Ein tambah)
1 sudu esen vanila
1 cawan minyak masak
Bahan B:-1 cawan tepung gandum
4 biji telur
Cara-Cara:-
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Campurkan semua bahan A- boleh guna mixer/senduk aje - gaulkan hingga sebati.
3. kepuk bahan B- oleh guna mixer/senduk aje - Campurkan bahan A & B, gaulkan hingga sebati
4. Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang.
5. kukus adunan selama 45 minit/ hingga masak.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong/dihidang.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
Hiasan/Topping Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
-Cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
-Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
atau
2 sudu serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
- campur semua bahan & masak atas dapur dengan api yang perlahan.
selamat mencuba!!

No comments:
Post a Comment